Dalam disiplin keluarga di rumah, salah satu perkara penting yang jangan dilupakan walau sekali adalah menyidai kain tuala. Sepatutnya selepas mandi, kain tuala itu perlulah disidai di penyidainya. Mungkin juga ada yang sangkut di tempat penyangkut.
Tapi biasalah, kita ni manusia kan, tak sempurna. Kadang-kadang mesti ada waktunya kita ‘langgar’ peraturan hatta di rumah sendiri sekalipun, termasuklah isu sidai tuala ni.
Baru-baru ini, seorang ahli group Facebook Kelab Kaki Deko ada bertanyakan soalan secara umum, kat mana tempat nak sidai tuala yang sebenarnya. Soalan tu berbunyi agak ringkas, tapi selepas itu mendapat ribuan jawapan daripada netizen.
Beberapa tangkap layar (screenshot) komen-komen yang menghiburkan ini dikongsikan semula oleh pengguna Facebook, Ujie Ibrahim. Mari kita tengok apa cerita sebenarnya.
Ujie Ibrahim berkongsi gambar-gambar komen ni beserta dengan kapsyen ringkas:
Ya ampun tq kak yang tanya ni. Barulah mak rasa keluarga mak ni manusia normal bukan robot. Tak tahulah kenapa mak terketawa. Rasa macam sebijik keadaan kat rumah mak ni. Korang macam ni jugak ke?
Jom tengok apa kata netizen di bawah ni.
“Gitu kak.” Simple je kan? Keluar bilik air, londehkan tuala dan terus sangkut atas kerusi meja makan.
“Kalau ikut kami buh merata je. Kadang kat kerusi, kadang kat atas bumbung rumah. Cuma bila nak tangkap gambar dan post dalam group, kami akan kemas gantung dan deko rumah elok-elok. So jangan percaya sangat kalau rumah kami kemas 24 jam..Itu semua tahyul je.” katanya dengan nada bergurau.
Ini lagi seram. Habis mandi siap lap semua, terus menonong keluar dari bilik air tanpa pakai tuala. Em tacod..
Komen seterusnya berkata, soalan ni mungkin nampak simple tapi sebenarnya sangat membantu untuk ahli keluarga yang disyaki hadapi masalah disiplin untuk menyidai tuala dengan betul.
Ni sama macam kes tadi, keluar bilik air terus sidai tuala di kerusi meja makan. Kalau dengar orang datang, cepat-cepat alihkan ke belakang pintu bilik. Barulah tak kantoi. Hidup mesti kena smart kan?
Ni macam mistik pun ada. Boleh pulak dia seru tuala tu datang dengan sendiri. Kalau waktu siang bolehlah lagi. Cuba kalau tengah-tengah malam, sakit perut nak membuang. Dah seru tuala, tahu-tahu ‘kain lain’ pulak yang terbang datang. Tak seram?
Yang komen ni pun boleh tahan kelakar juga. Netizen ni kata, isu sidai tuala boleh jadi peperangan besar dalam rumah. Tambah pulak kalau si ayah buat perangai sendiri, anak pun terpengaruh dengan ayah buat perangai sendiri juga.
Komen seterusnya sama macam tadi, netizen ni melihat isu ni daripada skop yang lebih luas. Jom kita tengok lagi komen-komen seterusnya yang menarik dan tak kering gusi.
Kata netizen ni, cara paling mudah nak selesaikan isu sidai tuala ialah beli rak tuala macam ni. Letak depan pintu. Masing-masing pandai-pandailah jaga tuala sendiri kan.
Yang kat bawah ni luahan jujur daripada orang bujang yang tinggal rumah sewa pulak. Alamak, kantoi sudah rahsia kita.
Walaupun banyak komen kelakar, macam buat troll, tapi semuanya dipercayai hanyalah gurau senda saja. Sekadar hiburan dalam group.
Korang pulak sidai tuala kat mana?
Sumber: Ujie Ibrahim