Belum sempat pun hilangkan penat mengurus jualan Sambal Nyet Berapi, kini Khairulaming berdepan pula dengan ‘penat’ yang lain. Baru-baru ini dia dihubungi oleh seseorang melalui mesej peribadi di akaun media sosialnya.
Bagaimanapun ‘khabar’ daripada individu tersebut tidaklah begitu enak didengari. Difahamkan, individu itu berpesan kepada Khairulaming agar berhenti menyebarkan peringatan tentang pentingnya mengambil vaksin COVID-19.
Tidak cukup dengan itu, Khairulaming dituduh pula menerima sesuatu ‘bayaran’ yang dianggap upah daripada pihak tertentu atas tanggungjawab menyebarkan seruan kepentingan vaksinasi ini.
Semua sudah maklum, kemunculan golongan sebegini akhir-akhir ini kian ‘memanaskan’ lagi keadaan rakyat yang tersepit antara fakta realiti dan teori konspirasi. Bimbang dengan keselamatan sejagat, Khairulaming tekad membalas tuduhan individu itu dengan satu kenyataan.
ni baru satu dm. ada banyak lagi yg kena fight setiap hari. takpela yang penting dia dh seen message. nak educate orang ramai ni tak mudah. yang muda pun tolonglah stop sebar benda palsu and mengarut ni. kesian kat pakcik makcik yg jadi mangsa pic.twitter.com/p9anVFLACz
— Khairulaming (@khairulaming) May 28, 2021
Ok jom kita baca apa sebenarnya yang ‘dinasihatkan’ sangat oleh individu misteri ni & apa pula yang dibalas oleh Khairulaming.
Individu itu ‘berpesan’ bahawa vaksin yang kita semua ambil sekarang ini tidak mampu untuk menghentikan pandemik COVID-19. Malah dakwanya, virus Corona ini pula adalah sejenis virus ciptaan manusia.
Pada mesej seterusnya, individu ini terus melemparkan tuduhan tidak berasas kepadanya. Lalu dengan ‘seikhlas hati’, Khairulaming membalas tuduhan tersebut dalam satu kenyataan ringkas, padat dan ‘pedas’ sepedas Sambal Nyet Berapi.
Lepas dibalas semula, terdiam terus individu itu. Selepas lima jam, tiada apa-apa lagi maklum balas yang diterima. Ternyata Khairulaming dianggap ‘menang’ kerana sudah menjalankan tanggungjawabnya menyampaikan seruan kebenaran.
Sementara itu, ada beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan golongan sebegini.
Ada sorang member i tak percaya covid ni wujud and anti vaccine then dia positive covid satu family kena kuarintin kat maeps. Katil depan dia masuk petang malam meninggal baru dia sedar covid ni real 😭😭😭.
— zizieizyan (@izyanmahmud) May 28, 2021
Netizen ini pula mendakwa, naratifnya tentang vaksin berubah setelah melihat situasi ini dari kaca mata hati. Akhirnya dia tekad untuk pulang ke pangkal ‘jalan’.
Mostly people terpengaruh dengan kata² orang. Sebab sifat manusia suka highlight dan pandang yg buruk berbanding yg baik.
That's why first batch of Astra Zeneca, saya daftar dengan tenang dan boleh pilih tarikh ikut time saya free sebab tak ramai ada kesedaran tu.
— Jim 🇲🇾🇵🇸 (@akhinazim) May 28, 2021
Semoga Khairulaming dan kita semua bersama-sama terus membantu menyebarkan kepentingan vaksinasi kepada orang awam.
Sumber: Twitter Khairulaming