Siakap Keli
Gambar: Bernama / KKM

TERKINI: Lepasi Angka 8k, Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari ini 8,290

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 8,290 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, negeri Selangor mencatatkan kes COVID-19  yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,052 kes.

Kelantan pula menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan kes COVID-19 baharu pada hari ini iaitu sebanyak 851 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula berada di kedudukan ketiga tertinggi dengan mencatatkan kes sebanyak 830 kes.

Negeri-negeri lain pula mencatatkan ratusan kes sementara hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis sahaja yang mencatatkan kes tidak sampai ratusan seperti negeri-negeri lain.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right