Siakap Keli

TERKINI: ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri  telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bermula 1 Jun ini sehingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media berkata, sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

”Setakat hari ini, seramai 2,552 orang meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat. Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.

“Dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19 juga semakin terhad,” katanya.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.