Siakap Keli
Gambar: Mothership.sg

Tular Foto Undian ‘Ustazah Mana Patut Kena ‘Perkosa Ramai-Ramai’’ Undang Kemarahan Warganet

Satu pengundian berunsur lucah terhadap beberapa orang ustazah di Singapura telah tular di atas talian.

Menurut Mothership.sg, paparan skrin menunjukkan soalan undian, “Ustazah mana yang patut diperkosa beramai-ramai” bersama wajah 12 wanita dipercayai pendakwah tempatan. Seramai 245 individu dilaporkan telah mengundi dalam tinjauan tersebut.

Selain itu, terdapat juga paparan skrin mengandungi gambar-gambar dan video para ustazah yang dikompilasikan di dalam galeri dengan label “ustazah Singapore”, tambah portal itu.

Susulan itu, pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bertegas akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang terlibat.

“Kami dapati terdapat kiriman dalam media sosial yang merendahkan dan menghina kesopanan beberapa orang ustazah. Kiriman itu menyebabkan tekanan yang besar terhadap individu yang dinamakan dalam kiriman berkenenaan,” tulis MUIS di laman rasmi Facebook badan berkenaan.

“Kami telah mendekati mangsa dan akan menyediakan sokongan serta kaunseling bagi membantu mereka melalui masa traumatik ini.”

Sementara itu, MUIS juga mengesahkan telah membuat laporan polis bagi menyiasat perkara tersebut.

“Tindakan ini adalah keji dalam agama kita, kemungkaran mesti dihentikan dan ianya aib bagi umat Islam.

“Agama kita menuntut saling menghormati setiap saat, menekankan pentingnya menjaga kehormatan dan kespanan semua ahli masyarakat,” tulis MUIS.

Gambar: Mothership.sg
Gambar: Mothership.sg

Perkara ini juga turut berlegar di laman Facebook dan ianya ternyata mendapat perhatian ramai yang marah dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.

Sumber: Mothership.sg, MUIS

Amira

Love yourself.