Siakap Keli

(Video) “Abah Mana, Abah Tak Balik?,” Anak Rindu, Setiap Malam Panggil Arwah Abah Depan Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kasih sayang seorang anak kecik kepada ibu bapa tiada tandingan. Apa perasaan mereka yang masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu terpaksa memendam perasaan rindu apabila mereka kehilangan insan penting ini di dunia.

Walaupun, kita yang sudah dewasa ini pun terkesan apabila kehilangan orang tua, tambah lagi anak kecil yang masih dalam dunianya berdepan dengan situasi begini. Sungguh pilu rasanya, perasaan pahit untuk ditelan ini dtimpa oleh seorang anak kecik yang baru berusia 3 tahun.

Seperti kisah adik Dayyan ini, dia anak yang kuat menerima ujian apabila ayahnya meninggal dunia tiga hari lalu akibat serangan jantung.

Menerusi video yang dikongsikan kakaknya, Dayana sangat menyentuh hati semua orang yang menontonnya. Lebih terkesan lagi apabila si kecil ini memanggil nama abah di luar rumah seakan ayahnya ‘datang’ di kawasan rumahnya itu.

“Abah mana abah, abah tak balik?”

@sawiigorengg

Abah dah tenang kat sane adik , doakan abah ya 😌❤️

♬ bunyi asal – Timunrebus – Timunrebus

@sawiigorengg

♬ bunyi asal – Timunrebus – Timunrebus

Rata-rata warganet turut bersedih dan sebak melihat situasi anak kecil ini. Ada yang turut beri komen semangat untuk keluarga ini.

“I feel u adik…”

“Sumpah aku sedih…”

“Sekering-kering hati aku, tengok video sumpah sebak”

 

Sumber: Dayana

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang