Siakap Keli

(Video) Canggih & Macam Tak Percaya Wujud, Viral Sinki Di Jepun Ni Siap Dilengkapi Dengan Tempat Penstrilan Telefon

Sudah setahun lebih sejak pandemik COVID-19 melanda, masyarakat di dunia kini telah terbiasa dengan kehidupan norma baharu yang pastinya sangat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Pastinya, masing-masing kini sedaya upaya untuk menjaga kesihatan dan mengelak dari jangkitan COVID-19. Terkadang, keadaan ini juga boleh menimbulkan paranoid.

Pun begitu, bukan kebersihan diri sahaja yang perlu dijaga, kebersihan alat-alatan atau benda yang sering digunakan seharian juga sebenarnya perlu dititikberatkan. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sesetengah benda tersebut mempunyai jumlah kuman atau bakteria yang sangat banyak terutama di telefon bimbit.

Menjadi alat komunikasi yang sangat penting buat penggunanya, telefon bimbit seharusnya kerap dibersihkan dan disanitasi. Seperti yang dipaparkan di dalam video yang tular di TikTok ini, nampaknya ia sebenarnya boleh disteril di mana-mana sahaja.

Berlaku di Jepun, negara itu sememangnya sangat popular dengan teknologi yang  canggih dan mudah diakses oleh rakyatnya. Ditambah lagi dalam keadaan COVID-9 ini, teknologi penstrilan telefon bimbit amat berguna untuk orang ramai.

Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa teknologi tersebut diletakkan di bahagian sinki di dalam tandas. Hanya masukkan sahaja telefon tersebut, anda hanya perlu tunggu dan ia akan siap sepenuhnya. Kaedah penstrilan itu menggunakan cahaya UV.

@tabetai_naomi

手洗ってる間、携帯除菌してくれるやつ!!多分綺麗になってるはず!#おすすめ #tiktokオーディション2021 #vlog部門#日常vlog #日常生活

♬ オリジナル楽曲 – naomi – naomi

Jangan risau, alat itu pastinya tidak akan ‘menelan’ telefon bimbit, sebaliknya memastikan ia bersih dan boleh digunakan dengan yakin selepas itu.

Teknologi tersebut pastinya membuatkan warganet di seluruh dunia teruja dan mengatakan bahawa ia merupakan kemudahan yang sangat terbaik.

Sumber: tabetai_naomi

 

Sofea

There's always another side to every story