INDIA- Seorang Youtuber dari India ditahan setelah menerbangkan seekor anjing dengan menggunakan belon helium.
Gaurav Sharma merakam detik anjing tersebut diikat pada balon dan dilepaskan. Terlihat anjing itu berjaya diterbangkan.
Selain itu, seorang wanita juga disampingnya saat melepaskan anjing tersebut.
Kompas.com melaporkan terdapat seseorang berada dibalkoni tingkat dua menyambut anjing itu. Turut terdengar sorakan saat anjing itu berjaya ditankap.
Bagaimanapun, Youtuber berusia 32 tahun itu segera menghapus video tersebut selepas mendapat kecaman netizen.
Selepas itu, Sharma memuatnaik video permohonan maaf serta menyatakan dia mengikuti protokol keselamatan saat melakukan aksi itu.
Namun, pihak polis telah menangkap Youtuber yang mempunyai empat juta pengikut itu setelah menerima aduan dari persatuan pecinta haiwan, People for Animals (PFA)
Sumber: Kompas.com