Siakap Keli
Gambar: Daily Star

(Video) ‘Tak Sengaja’ Mandi Sehingga 16 Jam, Apa Yang Terjadi Pada Kaki Wanita Ini Sangat Mengerikan

Pasti ramai yang tahu bahawa selepas setengah jam mandi di dalam tab mandi, kulit akan mula menjadi berkerut.

Oleh itu, bayangkanlah apa yang akan berlaku pada badan anda selepas anda menghabiskan selama 16 jam berendam di dalam air.

Itulah yang terjadi kepada pengguna TikTok bernama @msdanalee, yang berkongsikan kesan mengerikan yang terjadi pada kakinya.

Dalam video klip yang telah ditonton lebih dari 300,000 kali itu, kakinya kelihatan berubah menjadi ‘kelabu’ dan tampak seperti menjadi berkerak.

“Inilah hasil daripada mandi selama 16 jam secara tidak disengajakan omg,” katanya dalam kapsyen sebelum bertanya: “Bagaimana saya boleh kembalikan kaki saya kepada asal dengan cepat?”.

Ramai warganet yang terkejut terhadap apa yang terjadi kepada kakinya.

“Kalau diberikan peluang saya tidak mahu melihat ini,” tulis seorang warganet.

Yang lain mengulas: “Tampak seakan diselaputi dengan air kencing.”

Namun ramai penonton lain bingung tentang bagaimana dia boleh menghabiskan masa selama 16 jam tanpa menyedarinya langsung.

“Bagaimana anda tidak lemas?” tulis seorang warganet yang meraguinya.

Yang lain menyatakan: “Air menjadi sejuk selepas 30-40 minit – apa yang kamu masih lakukan di sana?”

Pun begitu, hasil perbincangan warganet sebulat suara menyatakan bahawa wanita tersebut mungkin telah tertidur semasa sedang mandi. Walaupun demikian, 16 jam tidur tanpa sebarang gangguan adalah salah satu pencapaian yang agak menakjubkan.

Proses kulit menjadi berkerut selepas menghabiskan masa terlalu lama di dalam air dikenali sebagai vasoconstriction.

Ianya terjadi apabila rendam dalam air akan menghantar isyarat melalui saraf yang kemudiannya akan memberitahu saluran darah supaya mengecut.

Kekurangan darah akan menjadikan arteri, urat dan kapilari mengecil.

Ini seterusnya akan menjadikan kulit di atas mengecut dan menjadi berkedut.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right