Siakap Keli
Kredit: Bernama

KKM Dedah Senarai Negeri Catat Sub-Kluster Perayaan Sambutan Aidilfitri Termasuk Kelantan Dengan 5 Kluster

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang dipercayai berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Negeri-negeri tersebut adalah Sabah dengan 7 kluster, diikuti Kelantan (5), serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan WP Labuan dengan 2 kluster.

Sementara itu, sebanyak 20 kluster rentas negeri meliputi 1,420 kes telah dilaporkan sejak 1 April sehingga semalam, 28 Mei 2021.

Melaka mencatatkan jumlah kluster tertinggi iaitu 8 kluster, bersamaan 40 peratus diikuti Terengganu dengan 3 kluster (15%) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing 2 kluster (10 %).

Sebanyak 26 kluster berpunca daripada sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri telah dilaporkan kepada CPRC KKM antara 13 sehingga 28 Mei, lapor KKM.

“Seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak 1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu kadar positiviti 25.1%.

“Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, 2 kematian telah dilaporkan sehingga kini dan 1 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).”

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.