Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) Baru Disahkan Hidap PCOS & Sukar Mengandung, Wanita Sebak Disahkan Hamil, Benar Naluri Ibu Yakin Dia Akan Hamil

Hampir setiap pasangan suami isteri menginginkan cahaya mata mereka sendiri. Namun apakan daya, ada yang diuji dengan masalah kesihatan hingga membuatkan misi mendapatkan zuriat menjadi sukar.

Salah satu keadaan yang boleh menyebabkan seorang wanita sukar hamil ialah Polycystic Ovarian Syndrome atau singkatannya, PCOS.

PCOS merupakan gangguan di mana seorang wanita mengalami ketidakstabilan hormon di usia reproduktif. Individu yang mengalami PCOS mungkin mempunyai haid yang tidak konsisten atau hormon androgen berlebihan.

Selain itu, ovari mereka juga boleh menghasilkan banyak koleksi cecair (folikel) serta gagal melepaskan telur secara berkala.

Pun begitu, tiada yang mustahil di dunia ini dengan izin-Nya. Seorang wanita berkongsi detik gembira bersama suaminya apabila disahkan hamil walaupun baru sahaja didiagnos menghidap PCOS.

“Hadiah di bulan Ramadhan untuk kita. Sebab ada tiket percuma, suami ajak pergi ke taman tema, padahal aku penat sangat, nak terus balik ke Jakarta.

“Sebelum ke sana, beli kit ujian di jalan sebab siangnya mama telefon dan beritahu dia yakin sangat aku hamil bulan ini,” katanya.

Hasil ujian, wanita itu mendapati dirinya hamil sepertimana naluri ibunya.

Jelas kegembiraan terpampang di wajah kedua-dua mereka. Perkongsian detik bermakna itu di TikTok telah mendapat lebih 40 ribu tanda suka di mana rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta mendoakan mereka.

@grumpywifeyy

padahal baru di diagnosa PCOS tapi Allah baik bgt sama kita🥲🤍 #pejuanggarisdua #tipshamil #MySpotlessSkinStory #fypシ #pcos #foryou

♬ Hadiah Tuhan – Nagita Slavina

Tak kurang juga, ada yang meminta agar turut didoakan supaya dapat sama hamil setelah lama menanti cahaya mata.

5 tahun penantian

Aku juga mahu sebahagia mereka

Setiap bulan mengharapkan garis dua (hamil)

Jika anda disahkan mengalami PCOS, percayalah, masih ada harapan. Semoga segala usaha pasangan yang menanti kehadiran cahaya mata dipermudahkan.

Sumber: Mayo Clinic, Hits.suara.com

Amira

Love yourself.