Siakap Keli
Gambar: Bernama

Video Penghinaan Pakaian Tradisional Suku Kaum Iban Sarawak: Pemilik Akaun Ryzal Ibrahim Diminta Tampil Bagi Kerjasama

Ketua Polis Daerah Miri mohon pemilik akaun Ryzal Ibrahim @ duriankimchi tampil untuk memberi kerjasama bagi merakam proses keterangan selepas satu video yang dilaporkan memperlekehkan pakaian tradisional Iban dimuatnaik olehnya tular di media sosial.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri (IPD Miri) telah menerima laporan Polis daripada pelbagai NGO di seluruh Sarawak berkaitan dengan video yang berdurasi selama 56 saat yang mempersendakan pakaian tradisional suku kaum Iban di Sarawak itu.

Berikutan dengan itu satu Kertas Siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian telah dibuka.

Ekoran daripada itu, pihak polis mengingatkan kepada semua lapisan masyarakat supaya lebih sensitif kepada kepelbagaian budaya dan adat di negara ini serta supaya sentiasa peka dan berhati-hati dalam menyampaikan komen di pelbagai platform terutamanya di media sosial.

Sumber: PDRC CID MIRI

Aqmal Ezany

I write what is right