Siakap Keli
Gambar: Ben Safwan

Beli Benda Ni Dan ‘Standby’ Kat Rumah, Boleh ‘Settle’ Masalah Saluran Paip Tersumbat Dan Air Kembali Lancar

Pasti ramai diantara kita yang pernah mempunyai pengalaman paip atau sinki tersumbat.

Kesan daripada itu, air tidak boleh mengalir dan sinki atau air di tandas kita itu bertakung.

Disebabkan itu, kita pastinya akan terus menggunakan apa-apa barang untuk menjolok paip atau sinki itu untuk menolak benda yang menyumbatkan saluran air kita itu.

Perkara itu sebenarnya boleh mendatangkan masalah yang lebih besar dan boleh juga menyebabkan anda akan membelanjakan duit yang banyak.

Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Ben Safwan ada berkongsikan tentang satu barang yang mungkin boleh menjadi penyelesaian awal kepada masalah sinki atau paip tersumbat itu. Tambahnya, barang itu boleh didapatkan di kedai hardware ataupun Mr DIY.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu, ibu tunggal, pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.

Kalau saluran paip tersumbat, ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar. Salah satu dari beberapa cara yang ada di ruangan komen. Banyak info yang boleh anda perolehi di ruangan komen di bawah.
JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU/BENDA KERAS/TAJAM PADA SALURAN AIR. Nanti pecah, banyak kerja dan kos tinggi.

Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nak masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.

Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk.

Dah masuk, putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.

Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.

Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna,putar je manual pakai tangan.

Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.

Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.

Dah ok, tarik wayar naik.

Ini bukan putus tapi saya potong bahagian lembut tu. Supaya senang jolok dala saluran paip. Tinggalkan sejengkal je lebih kurang.

Siap.

Satu tips berguna jaga saluran sinki dapur : SEMINGGU SEKALI JIRUS AIR PANAS KE SINKI DAPUR UNTUK BAGI LEMAK MAKANAN MENGALIR.
Harap bermanfaat.

Sumber: Ben Safwan

Boleh dapatkan dawai spring disini

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.