Tidur adalah satu keperluan kepada semua makhluk tidak kira manusia ataupun haiwan.
Ketika tidur, sistem tubuh badan kita akan ‘bekerja’ untuk membaiki sel-sel tubuh badan dan mengembalikan tenaga kita yang berkurangan setelah seharian menjalani aktiviti rutin.
Namun, ada beberapa fakta tentang tidur yang kita anggap benar tetapi sebenarnya hanya mitos semata-mata. Jadi, KKM telah berkongsikan infografik mengenai tidur yang perlu kita tahu.
Antara kenyataan mengenai tidur adalah:
1. Masalah kesihatan tidak berkaitan dengan jumlah dan kualiti tidur seseorang.
Menurut infografik berkenaan, ini adalah mitos kerana tidur dapat dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan obesiti.
2. Berdengkur boleh membahayakan.
Berdasarkan penjelasan sumber, ini adalah fakta kerana boleh menjadi gangguan tidur.
3. Mengantuk di siang hari disebabkan tidak cukup tidur.
Kenyataan ini bukan sepenuhnya fakta kerana kita boleh mengalami gangguan tidur juga walaupun tidur cukup.
4. Remaja memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa.
Infografik menjelaskan bahawa ini merupakan fakta kerana remaja lebih memerlukan 8.5 – 9.25 jam tidur setiap malam.
Untuk lebih memahami, ikuti penjelasan penuh di infografik ini.
Tidur: Antara fakta dan mitos. pic.twitter.com/GcZuyLz98H
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 30, 2021
Sumber: Twitter @KKMPutrajaya