Siakap Keli
Gambar hiasan: BERNAMA

KDN Pandang Serius, Tak Akan Kompromi Dengan Pihak Keluar Kenyataan Hina Atau Persenda YDP Agong Dan Institusi Diraja

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memandang serius akan kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang menghina atau mempersendakan Yang Di-Pertuan Agong dan Institusi Diraja, dan tidak akan berkompromi dengannya.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin ini, perbuatan tersebut merupakan suatu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam.

Ianya berikutan satu pemilik akaun Facebook dipercayai mengeluarkan kenyataan yang mempersenda serta menghina Yang Di-Pertuan Agong telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kenyataan itu menjelaskan individu tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 oleh Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Menurut KDN, mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan seperti ini akan diambil tindakan lebih tegas oleh pihak PDRM demi memastikan Institusi Diraja, kedaulatan undang-undang dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

Sumber: Facebook Dato’ Seri Hamzah Zainudin

Nurul Nabila