PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara cawangan pejabatnya di Temerloh, Pahang bermula esok (31 Mei) bagi tujuan sanitasi.
LHDN, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya akan mengumumkan tarikh pembukaan semula cawangan tersebut apabila proses sanitasi selesai dijalankan.
Sekiranya orang ramai ingin medapatkan maklumat mengenai senarai pejabat atau cawangan yang ditutup sementara, LHDN menyarankan mereka merujuk ke pautan http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf.
Selain itu, orang ramai juga boleh membuat pertanyaan atau mendapatkan maklum balas dengan menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Sumber: BERNAMA