Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Catat Penurunan, Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini 6,999

Kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan apabila dilaporkan sebanyak 6,999 kes pada hari ini. Maklumat ini telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter.

Selangor masih lagi menjadi negeri yang mencatatkan kes baharu COVID-19 pada hari ini dengan 2,477 kes baharu manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melonjak ke kedudukan kedua tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 616 kes.

Kelantan pula berada di kedudukan ketiga tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 612 kes dan Sarawak pula hanya mencatatkan sebanyak 513 kes sahaja sekali gus berada di kedudukan keempat tertinggi.

Negeri-negeri lain pula terus mencatatkan ratusan kes baharu manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis kekal sebagai negeri yang hanya mencatatkan kes tidak sampai ratusan.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right