Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Pergerakan Rentas Daerah Dan Negeri Tidak Dibenarkan Bagi Pasangan Jarak Jauh – Ismail Sabri

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan, pasangan jarak jauh tidak terkecuali daripada sekatan merentas negeri dan daerah.

Katanya ketika menjawab soalan wartawan, pasangan jarak jauh turut perlu berkorban selama dua minggu ini.

“Semua rakyat perlu berkorban. Ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa tutup kilang mereka untuk dua minggu ni.

“Untuk PJJ juga perlu berkorban untuk dua minggu ni. Kita telah memutuskan untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri untuk pasangan PJJ ini,” katanya.

Sumber: RTM

BACA: Baru Tahu, Rupanya Ada Kedai Makanan Melayu Di Tokyo

BACA: Nak Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan? Ini Caranya

BACA: “Teringat Dulu2 Mak Sahut Nama Je Terus Datang”, Iklan Raya Air Selangor Terpaling Sedih, Kisah 1 Syawal Tanpa ‘Syurga’

Amira

Love yourself.