Siakap Keli
Gambar: @trannga1992

(Video) Air Masuk Ke Mesin Basuh Perlahan, Buat ‘Step’ Ni Dan Air Akan Kembali Mengalir Laju

Mesin basuh adalah suatu alatan yang digunakan untuk membasuh pakaian, kain dan banyak lagi.

Bagi yang memiliki mesin basuh yang agak lama tu, pasti perasan bahawa air paip yang disalurkan ke dalam mesin basuh itu agak perlahan bukan?

Justeru daripada itu, satu akaun TikTok bernama @trannga19992 ada berkongsikan tentang punca yang mungkin menjadi penyebab air tersebut menjadi kecil dan perlahan.

Cara yang dilihat dalam video tersebut adalah, penapis yang terdapat pada paip yang disalurkan ke dalam mesin basuh tersebut mungkin terdapat kotoran yang tersumbat.

Oleh itu, buka pada bahagian tersebut, dan keluarkan dan basuh penapis tersebut.

Kemudian terus pasangkannya semula. Air yang mengalir ke dalam mesin basuh anda mungkin akan mengalir dengan kuantiti yang lebih baik daripada sebelumnya.

@trannga1992

vòi nước máy giặt nhà các bạn đã đủ dùng chưa ạ.nếu đồ giặt xong còn bẩn ngại gì ko thử🤩

♬ nhạc nền – NHẠC HOA TÂM TRẠNG 🍃 – NHẠC HOA TÂM TRẠNG 🍃

Sumber: @trannga1992

Aqmal Ezany

I write what is right