Siakap Keli
Gambar Hiasan(Besar) via Google

(Video)”Suara Sapa Ni Weh,” Rupanya Boleh Tukar Bunyi Notifikasi Shopee Yang Lebih ‘Bersemangat’ Dan Lucu

Siapa yang tidak kenal aplikasi Shopee, tempat ‘shopping online’ yang popular dan agak meluas digunakan oleh penggemar belian secara online sekarang.

Kadang-kadang, kedengaran notifikasi di telefon sahaja sudah membuatkan kita automatik tahu datangnya daripada Shopee kerana biasanya pengguna jarang menukar bunyi notifikasi ‘default‘ di platform tersebut. Jadi, biasanya kita sudah sedia maklum akan notifikasi suara wanita yang menyebut ‘Shopee’ itu.

Mungkin pada orang yang suka ‘explore‘ platform ini lebih awal sudah sedia maklum bahawa ada empat bunyi pada tetapan notifikasi.

Namun, tidak pada pengguna Tik tok @yrfvbella ini apabila dia baru sahaja meng’explore‘ ruangan tetapan Shopee itu, dan mendapati ada sesuatu yang menarik dan menghiburkan pada notifikasi kedua di platform tersebut.

Ternyata ada bunyi daripada seorang lelaki yang menyebut “Shoppepepee” pada bunyi ‘Chicken’ yang disediakan di ruangan notifikasi tersebut. Hal ini membuatkan ramai yang tidak pernah tahu, berasa terhibur dengan suara ‘kokokan’ tersebut.

Lepas ni, mesti semua teringin nak ‘check‘ bunyi di nofikasi Shopee lepas tonton video ni kan.

@yrfvbella

aku je ke yang baru tau ni🤣🤣 #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #shopeemy #explore

♬ เสียงต้นฉบับ – 🦋✨𝒜𝓁𝒾𝒸𝑒✨🦋 – ❤️‍🔥✨𝒜𝓁𝒾𝑒𝓈✨❤️‍🔥

Sumber: Tiktok @yrfvbella

Nurul Nabila