Siakap Keli
Foto: Juliana Ramli

Akak Ini Kongsi Resipi Dan Cara Mudah Buat Rempeyek, Boleh Jadi ‘Jajan’ Waktu Lockdown Nanti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Betapa nikmatnya rempeyek yang ranggup dipenuhi dengan ikan bilis dan kacang yang banyak sebagai kudapan di pagi, petang mahupun malam.

Sesetengah orang jadikan kudapan rempeyek ini sebagai juadah untuk dimakan bersama nasi. Kudapan ini tidak pernah memberi kebosanan kepada masyarakat di Malaysia. Malah, kalau korang makan sambil menonton televisyen memang layan habis.

Jadi, memandangkan negara kita akan melaksanakan ‘total lockdown’ untuk mengurangkan jangkitan wabak Covid-19, jom sama-sama kita mencuba resipi rempeyek di rumah bersama anak-anak.

Resepi rini kita buat rempeyek aka tempeyek…

Apa-apa ja lah pangilan, janji sedap. PKPD kan…wajib dia masak makan tidur.

Bahan-bahanya:

  • Santan 500_600ml(letak sikit-sikit) nak tambah air pun boleh contoh 300ml air 300ml santan..
  • Tepung beras 1/2kg
  • Tepung jagung 2sudu besar
  • Air kapur…agak-agak ja
  • Garam
  • Rerbuk hilal
  • Letak serbuk kunyit dan cil, serbuk msg 1sudu (tambahan) tak nak tak perlu letak.

Bahan tumbuk:

  • Udang geragau
  • Daun kari
  • Jintan pth/manis
  • Ketumbar
  • Bawang putih 

**(Agak-agak saja bahan tu semua, campur semua bahan)

Kepekatan agak-agak kalau adunan pekat sangat tambah santan…kalau ceroi(cair) sangat tambah ja tepung.

Bahan hias

  • Ikan bilis
  • Kacang tanah

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali rendam acuan…takde pakai ja sudip macam saya tu.
  2. Sudip dah panas tuang adunan…tebal ka nipis pndai-pandai adjust.
  3. Tabur ikan bilis serta kacang tanah..
  4. Goreng sampai garing…angkat toskan.

 

Sumber: Juliana Ramli

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.