Baru-baru ini kita digemparkan dengan nahas dua buah LRT yang berlanggar dalam terowong dalam satu kejadian di ibu kota. Kemalangan tersebut mengakibatkan ramai mangsa tercedera parah, selain turut dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Sebagai ‘menuntut bela’ atas apa yang terjadi, ada antara ahli keluarga yang didakwa mahu menjalankan tindakan undang-undang ke atas ‘tuan rumah’, iaitu pihak Prasarana melalui saman.
Seperti yang dilaporkan dalam media hari ini, ada ahli keluarga yang mahu menyaman sehingga RM1.8 juta. Adakah nilai ini ‘berbaloi’ atau ada kaedah lain? Mari dengar penjelasan peguam, Mufarwa Farid di bawah ini.
Boleh ke ahli keluarga mangsa nahas LRT nak saman prasarana RM1.8 juta?
Akhirnya, keluarga daripada salah seorang mangsa kemalangan LRT, berhasrat untok saman Prasarana dengan tuntutan RM1.8juta.
1) Ada yang persoal, “Gila ke saman sampai sejuta lebih?”
Tak gila. Malah, ianya normal. Tuntut sejuta, tapi bila masuk court, takkan dapat sejuta tu melainkan dia benar-benar layak. Keluarga tuntutlah berapa juta pun, akhirnya hakim mahkamah akan tentukan nilai sebenar.
Kita tak tahu nilai sebenar ganti rugi yang pihak sana perlu bayar. Sebab itu kita terus letak tinggi-tinggi. Buatnya letak rendah-rendah tapi sebenarnya kita layak dapat lebih lagi, kan ke rugi?
2) “Kenapa keluarga diorang saman untuk seorang mangsa? Kenapa tak ajak ramai-ramai saman?”
Eh, suka hati diorang lah. Kalau bapak kita koma sebab kemalangan dalam bas, kita nak tunggu orang lain, atau kita proceed saja tindakan undang-undang secara sendiri?
Itu hak masing-masinglah. Kalau rasa nak buat saman secara kolektif, pun boleh juga. Kumpul seramai mana mangsa, lantik sorang peguam, lepas tu saman sekaligus.
3) “Jadi, lepas ni pengerusi (bekas) Prasarana akan dimasukkan ke penjara ke kalau dia kalah?”
Tidak. Saman ni nak tuntut ganti rugi saja. Dan yang akan bayar, bukan pengerusi, tapi syarikat. Atau lebih tepat: insurans syarikat akan bayar.
Takda siapa akan dipenjarakan, melainkan terdapat unsur-unsur jenayah. Dalam kes-kes kecuaian macam ni, biasanya akan melalui proses tuntutan ganti rugi sahaja.
4) “Kalau semua 200 lebih penumpang tu saman, rugi la duit negara!? Habis lah duit negara nak bayar saman saja!”
Yang kendalikan LRT ni bukan negara. Tapi syarikat. Yang akan bayar saman, bukan negara. Tapi syarikat. Malah, bukan syarikat pun yang bayar. Insurans syarikat akan bayar. Syarikat tu tak keluar sesen pun, apatah lagi duit kau (rakyat).
5) “Saman-saman ni semua nak kayakan peguam je!”
That’s…. Exactly our job. Kalaulah mak ayah anda cedera parah disebabkan kemalangan macam ni, kepada peguam jugalah anda minta bantuan.
Lagipun, banyak peguam yang boleh bayar yuran guaman selepas habis kes. Maksudnya, pihak lawan kalah, pihak lawan akan bayarkan yuran guaman kita. So sebenarnya, anda gunakan lawyer percuma saja.
6) “Mangsa lain ok je. Family ni je kecoh!”
Moga tuhan uji kau suatu hari nanti dengan kemalangan yang sama. Waktu itu, baru kau tahu siapa kaki kecoh.
Banyak komen-komen kurang menyenangkan berkenaan cerita saman daripada keluarga ini. Mungkin disebabkan keluarga ni bukan keluarga Melayu, habis keluar kata-kata rasis dan tak perikemanusiaan.
Berita ini saja boleh nampak keluarga ini faham tentang hak-haknya dalam undang-undang. Nanti bila keluarga tu dapat ganti rugi yang tinggi, sedangkan ada mangsa dapat sikit, jangan persoal pula kenapa bangsa tu dapat, bangsa ni tak dapat. Malu kat orang.
Nota: Nak join kelas undang-undang secara online? Terbuka untok semua. Boleh tekan link INI untok maklumat lanjut.
Sumber: Mufarwa Farid