Sebagai ibu bapa, kitalah bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Tidak hairanlah orang kata guru pertama anak adalah ibu bapa di rumah. Tambah-tambah lagi, teknologi sekarang semakin berkembang, jadi banyaklah benda yang ibu bapa perlu ambil berat.
Tidak dinafikan, kanak-kanak yang berusia bawah dari 3 tahun sudah memiliki telefon pintar, alasan ibu bapa adalah tak mahu anak mereka meragam. Kesudahannya, anak-anak lebih ‘pro’ menggunakan telefon pintar sehinggakan memberi kesan yang tidak baik untuk mereka.
Justeru itu, seorang wanita yang bergelar ibu berkongsi satu aplikasi dalam membantu ibu bapa memantau penggunaan gajet di kalangan anak-anak.
Ikuti perkongsian daripada Nisya Gomezs tentang kebaikan apliakasi “Google Family Link For Parents” ini wajib ada dalam telefon anak-anak.
Mak dan pak sekalian… Anak-anak ada handset(telefon) sendiri?
WAJIB!!! Install Google Family Link.
Boleh set kan berapa jam anak hadap handphone, boleh tau anak habiskan masa dengan handphone untuk aplikasi yang mana.
Selain dari tu, kalau anak-anak nak install apa-apa apps, depa akan cari kita untuk mintak permission. Kalau time ko p keje, mereput lah anak ko kene tunggu ko balik keje. Tetapi ada peranan parents kat situ.
Kalau anak-anak yang dah besar sikit, aplikasi ini boleh trace anak dok belah mana. Dan, boleh bips suruh dorang balik. Sebab, once kita set ‘keloi’ depa, telefon dorang autolock. Kene jumpa mak pak balik lah untuk buka password. (Password jangan kene hacked sudahlah.)
Banyaklah boleh dilakukan dengan aplikasi ni. Dannn…. kalau ko panggil anak, anak buat tak respon, ko setkan “locked phone”. Automatic dia akan turun cari mak/ayah dia sendiri tanpa di panggil.
Sumber: Nisya Gomezs