Siakap Keli
Gambar via TikTok @mumumellow

‘Deko’ Sorang-Sorang Je, Lelaki Ini ‘Makeover’ Rumah Lama Jadi Ala-Ala Hotel 5 Bintang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki kediaman yang kemas dan cantik pastinya menjadi idaman setiap orang. Apatah lagi dengan tata rias yang nampak mewah dan elegan ala-ala hotel lima bintang, mesti rasa nak duduk je rumah tak nak keluar.

Di media sosial pula, banyak kita lihat idea-idea dekorasi dengan pelbagai konsep yang dikongsikan oleh warga net. Lagi la rasa berkobar-kobar kan semangat nak ubahsuai rumah tu.

Namun, memberi mood baharu pada rumah lama bukanlah mudah dan mungkin memerlukan kos yang lebih tinggi. Merancang dekorasi dan mengupah tukang untuk pengubahsuaian sebuah rumah lama mungkin menjangkau bajet seseorang kerana pasti banyak benda yang perlu diperbaiki terlebih dahulu.

Tapi lain pula ceritanya dengan pengguna TikTok dengan nama akaun @mumumellow ini.

Lelaki tersebut memuatnaik video proses pengubahsuaian bilik homestay keluarganya yang dia lakukan dengan hasil tangan sendiri. Video ini mendapat 3.2 juta tontonan dan 222 ribu sukaan setakat ini.

Bermula dari mengubah perabot, memperbetul siling, mengukur dan menampal wainscoting, hingga mengecat, semuanya dia buat sendiri. Yang lebih mengejutkan lagi, walaupun buat sorang, hasilnya setaraf hotel lima bintang!

Nak ‘motivasi’ untuk ‘deko’ rumah sendiri? Jom tengok video di bawah ni.

@mumumellow

Extreme room deco #tiktokguru #roomdecoration #diy #fyp #foryou #foryourpage #dramaeffect

♬ 애인만들기 – SS501

Sumber: TikTok @mumumellow

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.