Siakap Keli

“Dia Buat-Buat Tidur,” Gelagat Pesakit Covid-19 Yang Dah Sihat Tak Nak Balik Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti mana yang kita tahu, sekarang ini kes jangkitan wabak Covid-19 semakin meningkat tinggi dalam negara ketika ini sehinggakan kerajaan kembali mengaktifkan beberapa lagi pusat kuarantin di negara kita.

Walaubagaimanapun, layanan yang diberikan petugas barisan hadapan sangat baik tambah-tambah lagi ada yang ‘terhibur’ melayan karenah pesakit-pesakit Covid-19 di pusat kuarantin tersebut.

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok, Syafiq.ask telah berkongsi gelagat salah seorang penghuni di sana yang tidak mahu pulang siap buat-buat tidur semasa pengumuman namanya dipanggil.

Lebih-lebih lagi, cara jawab seorang petugas hadapan itu membuatkan ramai yang terhibur.

@syafiqask

Suh balik dia buat-buat tido pulak#quarantine #covid #covid19 #coronavirus #corona #fyp #foryou #foryoupage

♬ bunyi asal – Syafiq.ask – Syafiq.ask

Rata-rata warganet turut terhibur dan memberi semangat positif buat mereka yang berada di sana. Semoga wabak ini hilang secepat mungkin dan negara pulih seperti sedia kala.

“Allah bagi nikmat kebahagian kepada mereka…”

“Walaupun penat bagi diorang still berlembut…”

“Rindu kawan-kawan nanti”

 

Sumber: Syafikask

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.