Mesti ramai daripada kita yang suka ambil gambar kan? Malah mungkin anda mempunyai bakat dalam bidang fotografi sehingga tidak memerlukan kamera profesional pun untuk menangkap gambar yang cantik.
Seiring perkembangan teknologi, kini telefon juga mempunyai kamera yang cantik dan hampir setanding dengan kamera profesional. Dengan kemunculan pelbagai aplikasi mengedit foto dan teknik-teknik yang dikongsikan di media sosial, output gambar yang cantik boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja.
Namun tahukah anda, hobi atau minat dalam fotografi ini boleh menghasilkan pendapatan untuk anda?
Terdapat banyak laman web fotografi yang menyediakan platform untuk menjual dan membeli foto secara atas talian. Anda akan mendapat royalti sekiranya ada individu yang berminat untuk membeli gambar milik anda.
Sekiranya masih keliru untuk memilih platform bagi memasarkan gambar-gambar yang ditangkap, mungkin anda boleh bermula dengan laman web yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini.
Video yang diunggah pengguna TikTok @cikguseo ini mungkin membuka peluang kepada pencinta fotografi di luar sana. Pemilik akaun ini berkongsi tiga laman web yang boleh dimaanfatkan untuk menghasilkan pendapatan tambahan dengan cara ‘jual’ gambar.
Video ini mendapat 293.6 ribu tontonan dan 20 ribu sukaan setakat ini.
@cikguseo Siapa suk ambil gambar guna phone? ini mgkin anda berminat #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #cikguseo
Sumber: TikTok @cikguseo