Memandangkan negara ini sekali lagi akan memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang penuh, mungkin anda boleh mempelajari selok-belok untuk mengubahsuai ruang di dalam rumah.
Justeru, SK akan berkongsikan mengenai ‘perjalanan’ Ben Safwan yang telah melakukan DIY pada tangga di dalam rumahnya. Dinamakan sebagai DIY Premium Understair Bench Storage Farmhouse style, projek ubah suai tersebut telah dimulakan sejak awal bulan Mei.
Menerusi beberapa siri kiriman di group Facebook Tukang Apa Hari Ini, Ben telah berkongsikan dari awal proses itu bermula sehingga ia siap sepenuhnya pada 28 Mei yang lalu.
Menurut Ben, kos untuk mengubahsuai tangga tersebut adalah sekitar RM2,000. Dengan perancangan dan alatan sesuai yang telah disediakan dari awal, hasilnya sangat mempesonakan. Ia menjadi ruang terbaik untuknya dan anak-anak bersantai.
Sebelum ini, tangganya hanya kelihatan ‘kosong’ sahaja tetapi kini ia kelihatan lebih menarik dengan sentuhan gaya yang mewah dan ditambah lagi dengan warna ungu yang sangat menawan. Tangga itu juga berubah menjadi ruang stor yang dipasangkan pintu, membolehkannya menyimpan apa-apa jenis barang tanpa dilihat oleh tetamu. Jom tengok hasil DIY yang telah dikongsikan olehnya di bawah ini.
Part 14: DIY Premium Understair Bench Storage Farmhouse Style
– Fasa 1 Siap Sepenuhnya. Isteri dan Anak Gembira
Tak perlu saya menulis panjang. Cukup berpuas hati lihat anak isteri gembira dengan hasil.
8 kaki ruang bermain/bekerja
2 drawer gergasi
6 kaki stor
Warna purple gelap terang menjadi focal point dan match dengan langsir ungu saya yang lembut.
Terima kasih follow segala post sebelum ini. Ada lagi projek DIY Premium yang menanti
#bensafwandiy
#bensafwanbenchstorage – Segala projek/info DIY Premium Understair Bench Storage Ben boleh dicari dengan hashtag ini





Anda boleh ‘menyelidik’ proses DIY yang telah dilakukan oleh Ben bermula dari awal hingga siap menerusi beberapa bahagian kiriman di group Tukang Apa Hari Ini dengan mencari #bensafwanbenchstorage. Mungkin ia boleh menjadi inspirasi untuk anda mengubahsuai sendiri ruang tangga di rumah anda.
Sumber: Ben Safwan