Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Pemandu Teksi, Pemandu Pelancong, Kereta Sewa & E-Hailing, Bas Persiaran & Sekolah Terima “One-off”RM500 Julai Ini

Bagi mengurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang terkesan akibat pandemik, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan RM500 tersebut akan diberikan kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 pemandu bas persiaran serta 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.

Jelas Muhyiddin, bantuan khas yang menelan kos sebanyak RM68 juta itu akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada Julai ini nanti.

Muhyiddin berkata demikian dalam Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 secara langsung pada malam ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.