Siakap Keli
Gambar Via Bernama

PKP 3.0: Orang Ramai Digalak Bawa Bil Utiliti Semasa Keluar Rumah Sebagai Dokumen Sokongan- KPN

Dalam tempoh PKP 3.0 yang akan bermula pada 1 Jun ini, orang ramai digalakkan untuk membawa bil utiliti masing-masing semasa keluar dari rumah sebagai dokumen sokongan.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, ia adalah bagi memudahkan petugas SJR dan orang ramai.

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi sidang media khas pada petang tadi.

Tambahnya juga, hanya dua orang sahaja termasuk pemandu bagi kenderaan persendirian dibenarkan bergerak untuk menyelesaikan urusan dan keperluan dalam radius 10km.

Setiap kenderaan juga akan diperiksa dengan lebih teliti iaitu melalui dokumen-dokumen yang dikemukakan atau janji temu yang dihadiri.

“Justeru, jika orang ramai tidak ada keperluan mendesak untuk bergerak, sebolehnya tangguhkan pergerakan tersebut. Bagi peluang kepada mereka yang perlu bergerak atas sebab perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas-tugas mereka,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa PDRM akan menambah bilangan petugas kepada 55,000 anggota dan bilangan SJR akan ditingkatkan kepada 800 lokasi.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.