Ruffle atau renda adalah kedutan yang berupa aksesori bertujuan untuk mempercantikkan lagi sesuatu rekaan berasaskan tekstil. Selain pakaian, ruffle juga dijahit pada langsir agar nampak lebih menarik dan menaikkan lagi seri ruangan.
Potongan kain yang hendak dibuat ruffle akan dijahit berasingan dan kemudiannya dicantumkan ke pakaian atau langsir. Jika lipatan-lipatan yang dihasilkan kemas, ini bermakna anda berjaya menghasilkan jahitan ruffle yang cantik.
Untuk menjahit ruffle menggunakan mesin jahit, selalunya penjahit akan menggunakan tapak kedutan. Tapak kedutan ini perlu dibeli berasingan. Jadi, tak semua orang ada peralatan ini, tambahan pula yang bukan berprofesion sebagai penjahit.
Tapi tahukah anda, ruffle yang kemas boleh dihasilkan tanpa menggunakan tapak kedutan?
Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @imtisalzulkurnain ini menunjukkan cara menjahit ruffle tanpa perlu memasang tapak kedutan. Lebih menarik lagi, pemilik akaun ini hanya menggunakan jarum peniti menggantikan alat tersebut.
Video ini mendapat 1.1 juta tontonan dan 81 ribu sukaan setakat ini.
@imtisalzulkurnain Reply to @afrinakaliyath boleh cuba trick ni pulak. Moga bermanfaat 🤗 #pendidikanjahitantudung #tiktokmalaysia #supporteachother #tisalhijab
Sumber: TikTok @imtisalzulkurnain