Siakap Keli
Gambar via TikTok @elliecroft24

Tak Perlu Lagi Guna Pasir, Ini Cara Latih Kucing Buang Air di Mangkuk Tandas

Bagi seorang pemilik kucing, melatih si bulu sejak kecil untuk membuang air di tempat yang sepatutnya itu perkara biasa. Lazimnya, pemilik kucing akan menyediakan pasir kucing dan melatih kucing mereka membuang air di pasir tersebut.

Walaupun begitu, pasir kucing perlu kerap dibuang dan dicuci bekasnya kerana boleh mendatangkan bau yang kurang enak jika terlalu lama dibiarkan.

Bagi yang memiliki lebih dari seekor kucing, bayangkan bertapa kuatnya bau yang terhasil. Silap-silap satu rumah boleh berbau.

Mungkin anda pernah dengar kucing buang air di tandas, tapi lain pula ceritanya dengan pengguna TikTok ini.

Berbeza dengan pemilik kucing lain, pengguna akaun TikTok ini melatih kucingnya membuang air di tempat yang lebih spesifik iaitu mangkuk tandas. Unik bukan?

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @elliecroft24 ini menunjukkan bagaimana dia melatih kucingnya sejak kecil untuk membuang air di mangkuk tandas dengan cara yang sangat efektif.

Video tersebut mendapat 49.4 juta tontonan dan 5.6 juta sukaan setakat ini.

Bagi pemilik kucing atau yang merancang memeliharanya, mungkin video di bawah akan sangat berguna untuk anda.

@elliecroft24

#reupload until Karen stops flagging my video to make you and your #cats life easier. #pets #4u #catsoftiktok

♬ original sound – Mike C

Sumber: TikTok @elliecroft24

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.