Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tasik Raban yang terletak sebelum jambatan Raja Muda Nazrin dari Kuala Kangsar, tersimpan pelbagai kisah misteri yang menyeramkan sejak ditutup beberapa tahun dahulu.
Ianya dikatakan telah dibuka sejak tahun 2004 dan telah menutup operasi sepenuhnya sejak tahun 2010 berikutan kehadiran pengunjung yang berkurang sehingga peniaga-peniaga mengalami kerugian.
Namun begitu, ianya bukanlah kerana perkara-perkara misteri tetapi kemungkinan kerana kedudukan jalan masuk yang agak tersorok dan menyebabkan pemandu kenderaan terlepas pandang.
Setelah ditutup, beberapa kisah misteri mula menjadi buah mulut ramai apabila terdapat pengunjung yang melalui lebuhraya dan singgah untuk makan dan solat di R&R berkenaan.
‘Kemeriahan’ di kawasan tersebut dengan kehadiran ramai orang dan banyak gerai dikatakan mengaburi mata ramai pengunjung sedangkan ianya sudah ditutup lama.
Apabila sampai ke destinasi dan menyedari R&R tersebut sudah tidak lagi beroperasi, ada yang muntah dan mengeluarkan ulat seperti kisah yang perneh menggemparkan ramai suatu ketika dahulu. Memang seram!
Kisah di sebalik tutupnya R&R Tasik Raban
@wawan_dekwan Follow like & share ya #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #bangunanterbengkalai #fypシ゚viral #seram
@wawan_dekwan Jangan lupa follow like & share ya #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #bangunanterbengkalai #fypシ゚viral #seram
Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai yang mempunyai pengalaman hampir ‘singgah’ di R&R Tasik Raban kerana dari jauh dikatakan kelihatan seperti masih beroperasi.
Apabila menyedari ianya merupakan R&R Tasik Raban, mula timbul perasaan aneh dan pelik walaupun kawasan berkenaan dikelilingi dengan pemandangan tasik yang sangat cantik.
Pernah singgah sini sebab nak cari tandas..
Pernah nak berhenti sebab nampak macam buka..
Siapa yang singgah makan kat sini sebenarnya makan daun kering?
Pernah termasuk sekali, dari jauh terang dan tiba-tiba rasa pelik
Sumber: Tiktok @wawan_dekwan