Siakap Keli

(Video) “Sayur Takde ‘Limit’ Kecuali..,” Pekerja Subway Kongsi Tips Pilih Sayur “Fresh Cut” Untuk Yang Belum Tahu

Restoran makanan segera sememangnya sentiasa mendapat perhatian ramai tetapi terkadang pasti ada juga sesetengah orang yang tidak tahu cara untuk memesan makanan tersebut. Manakan tidak, ada makanan segera yang mempunyai bahan-bahan tertentu yang perlu dipilih sendiri.

Bagi yang tidak biasa, saat-saat untuk memesan makanan itu pasti akan menjadi saat yang ‘mendebarkan’. Dengan orang ramai lagi, ia boleh menimbulkan keresahan.

Keadaan tersebut mungkin berlaku semasa hendak membeli Subway. Seperti yang diketahui, bahan-bahan yang ‘digandingkan’ bersama roti perlu dipilih sendiri oleh pembeli. Mungkin masih ada yang keliru untuk memilih di bahagian sayur-sayuran.

Disebabkan itu, pengguna TikTok, @apeehhh  yang juga  seorang pekerja di Subway ada menerangkan mengenai sayur-sayuran yang boleh dipilih oleh anda. Ikuti perkongsian videonya di bawah ini.

@apeehhh

Reply to @ckp_jer haa apa lagi nak tahu?

♬ original sound – budaksubway – budaksubway

Dalam satu video lain, dia juga ada menjelaskan bahawa semua sayur boleh dipilih kecuali avocado, chopped mushroom dan sweet corn. Tiga  bahan itu perlu di add-on.

@apeehhh

Reply to @bebirdjackdaw sayur tade limit kecuali yg add on laa

♬ original sound – budaksubway – budaksubway

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan perkongsian video tersebut yang sangat membantu mereka.

Sumber: apeehhh 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.