Siakap Keli

Wanita Hong Kong, Tsang Yin-hung Muncul Wanita Terpantas Daki Gunung Everest

NEPAL- Tsang Yin-hung, seorang pendaki gunung berasal dari Hong Kong telah memecahkan rekod dunia apabila menjadi wanita terpantas mendaki Gunung Everest dalam tempoh tak sampai 26 jam.

Rekod baru itu telah diumumkan secara rasminya di Nepal pada 27 Mei lalu.

Tsang, 44 tahun, dilaporkan mendaki Gunung Everest setinggi 8.846,86 meter dalam tempoh 25 jam 50 minit pada 23 Mei, kata Gyanendra Shrestha, petugas hubungan pemerintah di base camp Everest.

“Tsang bertolak dari base camp pada jam 13.20 pada 24 Mei dan tiba dipuncak pada jam 15.10 keesokkan harinya,” ujar Shrestha kepada AFP.

Walaupun begitu, wanita itu perlu membuat tuntutan kepada Guiness World Records bagi menerima penghormatan atas kejayaannya.

Kompas.com melaporkan, kerajaan Nepal hanya mengumumkan rekodnya sahaja.

Sebelum ini, wanita terpantas mendaki Gunung Everest adalah Phunji Jhangmu Lama dari Nepal dengan catatan waktu 39 jam 6 minit.

Selain itu, Tsang sebelum ini pernah menjadi wanita Hong Kong pertama yang sampai ke puncak Hmalaya pada 2017.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.