Siakap Keli

Budak 11 Tahun Cetus Kebakaran, Jadi Punca Kerosakkan Bernilai RM123,735 Di Arizona

AMERIKA SYARIKAT- Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dihadapkan pelbagai tuduhan kerana didakwa telah mencetuskan kebakaran.

Kebakaran tersebut menyebabkan kemusnahkan dua bangunan serta kerosakkan bernilai $30,000 (RM123,735) di Arizona.

Disebabkan itu, kanak-kanak tersebut didakwa menyebabkan kebakaran, kerosakkan, mendatangkan bahaya dan salah laku kerana mencetuskan pembakaran secara melulu, kata Pejabat Sheriff Daerah Yavapai.

ABC News melaporkan, api merebak dari Camp Verde di Padang Golf Creek yang kini tidak mampu beroperasi lagi. Selain itu, dua bangunan yang tidak berpenghuni musnah serta api merebak dalam jarak 20 kaki dari kawasan perumahan tersebut, kata pihak berkuasa.

Menurut saksi, terdapat tiga kanak-kanak sedang bermain dengan tin aerosol dan pemetik sebelum terjadinya kebakaran, kata pejabat sheriff.

Oleh itu, Sheriff telah membuat siasatan serta mendapati suspek berusai 11 tahun dengan niat menyalakan api sementara dua kawannya cuba menghalangnya dan berusaha memadamkan api sebelum keadaan memburuk.

“Kami berharap dia (suspek) mendapat pengajaran yang sewajarnya. Anggota Wildland bersama anggota bomba telah mempertaruhkan nyawa mereka bagi melindungi penduduk di komuniti setempat,” kata Sheriff David Rhodes dalam satu kenyataan.

Sumber: ABC News

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.