Siakap Keli

Disney+ Hotstar Dah Masuk Malaysia, Bayar RM54.90 Je Untuk 3 Bulan, Ini Cara Nak Langgan

Seperti semua sedia maklum, Disney+ Hotstar sudah mula dilancarkan di Malaysia bermula 1 Jun 2021. Dengan langganan RM54.90 untuk 3 bulan boleh dikatakan harga yang sangat berbaloi dengan filem dan siri yang ditawarkan.

Antara siri menarik yang boleh ditonton ialah Falcon And The Winter Soldier dan yang akan datang siri Loki yang pasti buat anda tak sabar nak menonton. Korang juga boleh menonton filem-filem tempatan dan semua filem Infinity Saga.

Hari ni SK nak ajar korang bagaimana nak subscribe Disney+ Hotstar ni dengan hanya  beberapa langkah mudah.

  1. Search di Google Disney+ Hotstar atau Downoad di Play Store dan App Store, klik butang Subscribe

 

2. Klik butang Continue. Sebelum itu baca dulu keistimewaan yang korang akan dapat jika melanggan

 

3. Masukkan no. telefon

 

4. Masukkan 4 digit kod yang dihantar ke telefon korang

 

5. Masukkan nama dan jantina

 

6. Buat pembayaran melalui kad debit, kredit atau perbankan online. Selesai

Sumber: Disney+ Hotstar

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.