Dalam sesetengah gambar tu, mesti ada je latar belakang atau background yang kita tak berkenan. Nak post tanpa edit nanti tak ‘aesthetic’ pulak kan.
Para peniaga online pula mesti nak edit gambar produk cantik-cantik kan. Penggunaan background yang sesuai memainkan peranan agar produk korang nampak lebih jelas dan dominan. Baru la tertarik pelanggan tengok produk korang.
Sekarang, bermacam-macam aplikasi yang boleh digunakan untuk buang background yang tak sedap mata memandang tu. Tak perlu pakai perisian profesional, kat telefon pintar korang pun boleh.
Video yang diunggah oleh pengguna akaun TikTok @fahmiperwira ini menunjukkan cara macam mana nak hilangkan background gambar paling cepat, hanya menggunakan aplikasi di telefon sahaja.
Video ini mendapat 108.8 ribu tontonan dan 6.1 ribu sukaan setakat ini.
Nak tahu macam mana dan aplikasi apa yang digunakan? Jom tengok video bawah ni.
@fahmiperwira clipping focodesign officially kalah dah 😂 @photoroom the best gais #LearnOnTiktok #TikTokGuru #JomBelajar #fahmiperwira #fpboss
Sumber: TikTok @fahmiperwira