Siakap Keli

Penjawat Awam Dari Gred 21 Hingga Hingga JUSA A Ke Atas Akan Potong Elaun Keraian Untuk Akaun Amanah Negara

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada semalam telah mengumumkan pelbagai inisiatif kepada rakyat menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan bernilai RM40 bilion sebagai tambahan kepada program-program terdahulu.

Antara lain yang diumumkan ialah Menteri dan Timbalan Menteri turut tidak akan mengambil gaji bagi tempoh tiga bulan sebagai tanda prihatin dan menyumbang kepada usaha murni ini.

Susulan itu, sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam hal ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan media mengumunkan bahawa sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat awam pada masa kini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Jumlah sumbangan dari lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam gred 1 hingga 28) adalah dianggarkan kira-kira RM30 juta.

Berikut merupakan penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan:

Sumber: Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

 

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.