Siakap Keli
Kredit: TikTok @ppbb126

‘Pilot’ Kongsi Detik-Detik Kapal Terbang ‘Langgar’ Awan Yang Selalu Buat Pesawat Bergegar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang pernah naik kapal terbang, mungkin korang pernah rasa goncangan bila pesawat melanggar awan. Tak dapat dinafikan, walaupun kadang-kadang goncangan tu pada skala yang kecil, ia cukup  membuatkan jantung penumpang berdebar-debar.

Goncangan udara atau lebih dikenali sebagai turbulence ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia penerbangan.

Apabila berlaku situasi seperti ini, biasanya juruterbang akan maklumkan kepada penumpang terlebih dahulu. Hal ini supaya penumpang bersedia memakai tali pinggang keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Selalunya, bila pesawat melanggar awan dan berlaku turbulence, kita hanya mampu nampak kabus dari luar tingkap pesawat. Pernah tak anda tertanya-tanya, macam mana view dari kerusi juruterbang bila pesawat membelah awan?

Video yang dikongsikan oleh juruterbang ini melalui akaun TikToknya @ppbb126, menunjukkan keadaan dari posisi juruterbang apabila pesawat melanggar awan.

Video ini mendapat 295 ribu tontonan dan 34.1 ribu sukaan setakat ini.

@ppbb126

Reply to @user071838285 we’ll try our best to avoid but sometimes we hv no choice but to go thru em. our decisions are based on passengers comfort as-

♬ original sound – Hannah – Hannah

“Jantung nak jatuh”

Di ruangan komen, warga net turut rasa berdebar bila melihat video ini. Ada juga yang suka apabila pesawat melanggar awan. Rasa macam naik roller coaster katanya.

Sumber: TikTok @ppbb126

Eyla Azri