Siakap Keli

Tukang Kayu Jepun Ini Cipta Ukiran 3D Paling Cantik, Seolah-olah ‘Hidup’ Bila Dipandang

JEPUN- Seorang tukang kayu di Jepun telah mengubah teknik “kayu tiga demensi (3-D)” yang telah menghasilkan karya seni yang luar biasa tanpa memerlukan pewarnaan sama sekali.

Teknik ini boleh dibuat pada permukaan permaidani hingga ke lantai kayu. Selain itu, perabot berbentuk rumit seperti melengkung dan retak.

Oddity Central melaporkan, mereka (tukang kayu) telah mempamerkan pelbagai seni kayu yang mengagumkan selama bertahun-tahun.

Namun, ciptaan Toru Fukuda, tukang kayu Jepun berbeza dari yang lain.

Rekaannya mendapat perhatian umum dengan rekaan barunya iaitu papan kayu sederhana dengan titisan air pada permukaannya. Titisan dilihat nyata tetapi, ianya hanyalah salah satu ciptaan Fukuda yang luar biasa.

“Saya cipta ‘air’ itu daripada kayu,” kata Toru Fukuda, seorang tukang kayu dari Kampung Otoineppu, Hokkaido dalam pernyataannya di Twitter.

Sumber: Oddity Central

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.