Siakap Keli

(Video) Kedai ‘Puaka’ Baru, Ini Kedai RM2 Di Sunway Putra Mall Yang Mungkin Korang Belum Pergi

Bila sebut pasal ‘berhantu’ mesti kita bayangkan tempat yang suram, gelap dan bangunan yang ditinggal bertahun-tahun serta paling cukup menakutkan adalah ada penampakan. Tetapi, kali ini lain pula, tempat ‘berhantu’ ini sangat ceria dan menarik perhatian serta ada ‘penampakan’ barang-barang yang menarik untuk berbelanja.

Sebelum ini, kemunculan kedai Eco antara kedai yang termurah di Malaysia dengan mempunyai barang-barang kelengkapan rumah dan dapur. Tipulah kalau korang masuk kedai seperti ini keluar dengan tangan kosong, mesti akan berbeg-beg di tangan.

Kali ini, SK nak kongsikan satu lagi kedai yang berjaya menghantui rakyat Malaysia iaitu kedai Noco yang terletak di Sunway Putra Mall.

Menerusi perkongsian daripada Shafnaufas, berkongsi suasana dan barang-barang jualannya semua RM2 sahaja. Barang yang dijual daripada sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar benda semuanya djual dengan harga yang paling murah RM2.

“Inilah kedai RM2.00 alaf baru” 

@shafnaufas_

Jemput pergi haha #fypシ #fyp #foryourpage #foryou #instagram #xyzbca #noco #sunwayputramall

♬ original sound – Shafnaufas – Shafnaufas

 

Sumber: Shafnaufas

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.