Siakap Keli
Foto: TUDM

“Hanya Latihan Penerbangan Biasa,” Ini Respon Kedutaan China Tentang Isu 16 Pesawat Tentera China Memasuki Ruang Udara Malaysia

Susulan daripada laporan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengesan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang memasuki ruangan udara di Malaysia telah mendapat respon daripada Kedutaan Besar China.

Memetik daripada laporan, Kedutaan Besar China di Malaysia mendakwa tindakan 16 buah peswat tentera negara tersebut adalah sebagai latihan penerbangan biasa.

Menurut jurucakap kedutaan tersebut, kesemua 16 pesawat PLAAF tersebut tidak langsung menyasarkan mana-mana negara. Menurut undang-undang antarabangsa, kapal terbang tentera China itu hanya menikmati kebebasan penerbangan di ruang udara berkenaan.

Malah, dakwanya lagi, sepanjang tempoh latihan tersebut pesawat negara tersebut dikatakan mematuhi undang-undang antarabangsa berkaitan dan tidak memasuki ruang udara wilayah mana-mana negara lain.

Tambahnya lagi, tiada apa yang perlu dicurigakan kerana Malaysia dan China adalah seperti ‘jiran yang mesra’. China dan Malaysia adalah negara ramah mesra serta negara Republik tersebut bersedia untuk bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan serantau.

Bagaimanapun, Wisma Putra dalam kenyataan terdahulu akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung kejadian tersebut.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai ‘pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia’.

Katanya lagi, hubungan diplomatik mesra dengan mana-mana negara tidak sekali-kali bermaksud kita kompromi soal keselamatan,” tulisnya di ruangan Twitter rasminya.

 

Sumber: Astro Awani, Twitter DS Hishammuddin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.