Dipercayai kerana gelombang baru pandemik COVID-19 di Taiwan, seorang ibu mengambil jalan ‘unik ‘bagi memastikan anak remajanya tidak keluar rumah.
Menurut Mothership.sg, wanita itu membawa remaja berusia 15 tahun berkenaan untuk mendapatkan potongan rambut di sebuah salun di Kaohsiung.
Dia dikatakan meminta pendandan rambut untuk menata rambut anaknya supaya remaja itu tidak keluar rumah.
Tambah portal itu, hasil perbincangan, mereka kemudiannya memutuskan untuk mencukur rambut remaja itu seakan-akan lelaki yang mengalami masalah kebotakan.



Insiden itu telah menjadi tular di media sosial negara berkenaan di mana lebih ramai ibu bapa menghubungi pihak salun tersebut berhubung gaya rambut berkenaan.
Sebagai respon, pihak salun tersebut telah menawarkan khidmat menata rambut ‘gaya pencegahan COVID-19’ secara percuma kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun yang enggan duduk di rumah.
Tambah Mothership.sg, sebahagian individu menganggap cara itu sebagai keterlaluan dan agak kasar. Namun, sebahagian lain berpendapat rambut boleh tumbuh semula, sebaliknya pandemik boleh menjadi lebih buruk.
Sumber: Mothership.sg