Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Palsukan Permit Pergerakan Rentas Negeri, Boleh Didenda Tidak Lebih RM100K, Penjara Jika Sabit Kesalahan

Individu yang memalsukan permit pergerakan rentas negeri bakal berhadapan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 7 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Menurut kemaskini Polis Diraja Malaysia (PDRM), pelaku boleh dikenakan hukuman demikian jika didapati bersalah di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Maklum PDRM menerusi foto yang dikongsikan di laman Facebook, perbuatan memalsukan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) bertujuan merentas negeri merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan salah di sisi undang-undang.

Sumber: PDRM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.