Siakap Keli

Penduduk Di Yunnan, China Gempar Seketika, Kumpulan 15 Ekor Gajah Tiba-tiba Ceroboh Kawasan Perumahan

CHINA- Penduduk di sebuah daerah di wilayah Yunnan, China terkejut melihat 15 ekor gajah liar Asia muncul di kawasan kejiranan mereka.

Kumpulan gajah itu berjalan di sepanjang jalan yang hampir ‘menutup’ seluruh jalan di sana pada 27 Mei.

“Waktu itu sekitar jam 10 malam dan saya masih di kedai saya. Saya mendengar bunyi di jalan dan keluar, terlihat sekumpulan gajah,” kata Jia, penduduk disitu.

Walaupun takut, dia dengan beraninya berlari untuk mendekati gajah itu.

Menurut Global Times, 15 ekor gajah datang dari daerah Eshan di Yuxi City, Yunnan pada petang hari. Kemudian memasuki kawasan selamat (untuk manusia) pada jam 2 pagi keesokkan harinya, lapor anggota bomba.

Pemerintah Eshan menasihatkan masyarakat untuk menjauhkan diri dari kumpulan gajah itu. Serta, tidak “memerhatikan dengan dekat, mengacau, menyakiti atau mengusir mereka” kerana gajah dapat mengetahui naluri manusia.

Sumber: Global Times

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.