Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Ramai Yang Keliru, Ini Sebenarnya Perbezaan Label Tarikh Luput ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Produk

Perasan tak, kalau kita pilih barang untuk dibeli, mesti akan tertera terma ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’. Ikut kefahaman asas kita, kita menganggap tarikh yang dinyatakan itu adalah hari terakhir kita boleh memakannya kan?

Tapi tahukah anda, sebenarnya kedua-dua terma itu adalah berbeza penggunaan dan fungsinya. Laman Twitter Kementerian Kesihatan KKM hari ini menjelaskan kepada kita apakah perbezaan kedua-duanya. Jom lihat perbezaan ini.

Guna sebelum (use by)

1) Tarikh ‘Guna Sebelum’ bermaksud tarikh akhir sesuatu produk itu selamat untuk dimakan.

2) Produk ini akan rosak dan tidak boleh dimakan selepas tarikh tersebut.

3) Produk harus dibuang selepas tarikh tersebut.

4) Contohnya: produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu disimpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya.

Baik sebelum (best before)

1) Tarikh ‘Baik Sebelum’ bermaksud sifat atau kualiti produk tertentu kekal sehingga tarikh yang dinyatakan.

2) Produk ini masih selamat untuk dimakan jika tiada perubahan rupa, warna, rasa dan bau selepas tarikh tersebut.

3) Produk ini sudah tidak boleh dijual selepas tarikh tersebut.

4) Contoh: produk dalam tin.

Sumber: KKM

Dah jelaskan perbezaan ini? Harap taklah terkeliru lagi selepas ni ya. Semoga bermanfaat.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.