Bayangkan korang tengah elok memandu dalam perjalanan, tiba-tiba ada asap ‘misteri’ muncul perlahan-lahan dalam kereta. Kalau benda ni jadi kat korang, apa yang korang fikirkan waktu tu?
Kita ni kalau dah panik, macam-macam benda yang muncul dalam kepala. Macam tulah yang berlaku pada seorang wanita ni apabila keretanya ‘didatangi’ asap misteri yang muncul secara tiba-tiba di belakang stereng.
Asapnya berwarna putih. Nak kata ada wayar terbakar, tak muncul pula api. Tapi yang pasti kena selamatkan diri dulu. Taknak cerita panjang, jom tonton video-video yang dikongsikan oleh Erma Nur Shadila menerusi akaun TikToknya di bawah ini.
“Tak tahu kereta tiba-tiba berasap, pastu teruih keluar api..”
@ermanurshadila Keta terbakar tiba2 😰
Video pendek ini telah ditonton lebih dua juta kali setakat ini. Ramai netizen yang tertanya-tanya, macam mana boleh ada benda terbakar kat stereng tu?
Malah ada pula yang mendakwa itu hanyalah sekadar asap vape. Tak, tuKduhan tu salah sama sekali. Dalam video yang seterusnya, Erma tunjukkan pula bukti bahagian ‘tengkuk’ stereng yang telah terbakar. Sampai berlekuk dibuatnya, memang betul-betul cair!
@ermanurshadila Reply to @suffixnn pod tu sejenis vape jugak ka?
Pada mulanya dia cuba menyimbah asap tu dengan sedikit air, tapi tak berjaya. Ekoran cemas dan bimbang benda tak diingini terjadi, Erma terus keluar dari keretanya, cabut bateri dan panggil lori penunda (tow truck) untuk datang.
Tak pasal-pasal kereta Erma terpaksa ‘dikejarkan’ ke bengkel dengan bantuan abang lori penunda tu. Jom kita lihat apa sebenarnya yang berlaku dalam video seterusnya kat bawah ni.
Hasil ‘bedah siasat’
@ermanurshadila Keta dok kat bengkel lagi. Senin ni baru siap kot. Lesson learn, wajib standby fire ext dlm keta, tau mcm mana nak guna n check expiry date..
Dalam video ini, barulah kita tahu ‘tang’ mana yang terbakar tu. Agak teruk juga stereng kereta ni. Terbakar habis. Mujurlah api tu sampai ke simpulan wayar yang tebal tu kan, kalau tak masaklah..
Terbaharu, Erma ada berkongsi macam mana kebakaran kecil tu boleh berlaku dari A sampai ke Z. Jom kita tonton video ni pula, mana tahu boleh faham dengan lebih mendalam apa yang terjadi. Mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua untuk lebih berhati-hati selepas ini!
@ermanurshadila Reply to @captainnulss mana wayar usb tu pigi. Sini dia duduk 😬 kunci tu dalam keadaan of na. Kalau on kedudukan dia tegak #keretaterbakar #hatisejuk
@ermanurshadila Reply to @ain_sofiah99 haa lagu tu la cerita dia. Terima kasih naa #keretaterbakaq #ghamaigheta
Sumber: TikTok Erma Nur Shadila