Siakap Keli

(Video) Ini Tips Untuk Bukan Penjawat Awam Buat ‘Loan’ Rumah Atas Tanah Sendiri Guna Skim SPP

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang kita tahu, salah satu keperluan yang penting dalam hidup ialah tempat tinggal, tidak kiralah sama ada secara menyewa mahupun dimiliki sendiri.

Bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri, mungkin pernah terfikir untuk membangunkan sebuah rumah di atas tanah tersebut untuk diduduki. Rasanya lagi best kan sebab dapat menetap di atas tanah sendiri.

Namun prosesnya tidaklah semudah yang dijangka. Biasanya bina rumah atas tanah sendiri (atau kita panggil rumah lot) ini memakan modal yang agak besar. Jadi ada tak cara paling senang untuk kita bina rumah atas tanah sendiri ini?

Jawapannya, ada. Sebenarnya kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara telah pun menyediakan inisiatif pinjaman (loan) bagi mereka yang ingin membangunkan rumah di atas tanah sendiri iaitu program Skim Pinjaman Perumahan atau SPP.

Oh ya, program ini dikhususkan hanya untuk golongan bukan kakitangan awam saja ya. Untuk kefahaman lebih mudah, jom tonton dulu penerangan yang dikongsikan oleh saudara Affendi di bawah ini.

Oleh itu, anda boleh fahami terlebih dahulu syarat-syarat yang dikenakan serta maklumat lain seperti yang dinyatakan di bawah ini:-

Apakah syarat-syarat kelayakan SPP?

  • Pemohon & pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon & pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Apakah syarat-syarat pinjaman?

  • Had pinjaman maksimum RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun, atau sehingga berumur 70 tahun
  • Caj perkhidmatan 2 peratus ke atas pinjaman
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan panel insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina

Syarat-syarat cagaran tanah

  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut: baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun & mendapat kebenaran mencagar tanah daripada pihak berkuasa negeri

Pakej pinjaman dua generasi

  • Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45 hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Generasi kedua mestilah anak kandung pemohon

Di bawah ini pula adalah syarat-syarat pembinaan rumah seperti yang telah ditetapkan.

Sumber: Jabatan Perumahan Negara

Bagaimana nak mendaftar?

Sekiranya anda sudah jelas tentang program ini dan berminat untuk mendaftar, pendaftaran boleh dibuat melalui borang yang disediakan di SINI. Anda juga boleh baca keterangan selanjutnya yang lebih terperinci dalam borang tersebut.

Marilah manfaatkan tanah kosong yang ada itu. Jangan sia-siakan peluang ini & bolehlah bangunkan rumah idaman mengikut cita rasa anda sendiri.

Sumber: Twitter Affendi / Jabatan Perumahan Negara

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.