Siakap Keli
Gambar: Amazing Post/Twitter

(Video) Macam ‘Machine Gun’, Rakaman Bunyi Unik Burung ‘Bangau’ Berkepala Paus Ini Raih 1.9 Juta Tontonan

“Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus; Macam mana aku tak kurus, ikan taknak timbul.. Ikan taknak timbul..”

Pasti ramai yang pernah dengar atau nyanyikan lagu ini ketika kecil, kan? Jika di Malaysia, sebut sahaja bangau, mungkin ramai yang terbayangkan burung berwarna putih dan berkaki panjang sedang meranduk air di sawah padi untuk mencari mangsa. Namun di Afrika, berbeza pula spesiesnya.

Balaeniceps rex, burung shoebill yang turut dikenali sebagai bangau berkepala paus atau berparuh kasut ini memiliki ketinggian sekitar 115 cm. Burung karnivor ini bukan sahaja menjadikan ikan sebagai makanan, malah ia juga boleh memakan kura-kura serta anak buaya.

Malah, burung ini juga boleh menghasilkan bunyi yang unik seakan bunyi tembakan mesingan ketika musim bersarang (Science Times). Bunyi itu dihasilkan apabila haiwan tersebut melagakan paruh atas dan bawah bagi menarik pasangan atau berkomunikasi dengan burung lain.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter telah berkongsi rakaman bunyi burung bangau shoebill yang menyerupai bunyi tembakan.

Rakaman tersebut telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan 99 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik semalam (1 Jun).

Sumber: Amazing Post, BritannicaScience Times, National Geographic

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.