Siakap Keli
Gambar: Human Events

(Video) Nyaris Tertembak Diri Sendiri, Detik Cemas Polis Menyusup & Tumpaskan Wanita Bersenjata Terima Pujian Ramai

Satu video berkenaan seorang polis Perancis yang menumpaskan seorang wanita yang bersenjatakan senapang telah menjadi tular di Eropah selepas video berkenaan detik-detik penangkapan wanita tersebut disiarkan di media sosial, lapor portal LifeZette

Video tersebut memaparkan detik penangkapan seorang wanita yang dapat dilihat mengacukan senapang di sebuah jalan yang telah dikepung oleh anggota polis Perancis. Para pegawai polis dapat dilihat cuba berunding dengan wanita tersebut sebelum salah seorang daripada mereka berjaya menjatuhkannya seterusnya mengawal keadaan.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 14 Mei di Valmondois, Perancis. Pihak berkuasa telah digegaskan ke lokasi sejurus selepas menerima laporan berkenaan seorang wanita yang mengamuk dan bersenjata di sebuah jalan.

Ketika pegawai polis tersebut menyusup secara senyap dan menjatuhkan wanita itu ke tanah, satu tembakan secara tidak sengaja telah dilepaskan, yang tidak menyebabkan kecederaan.

Walaupun begitu, seorang anggota polis dilaporkan tercedera selepas digigit oleh wanita berkenaan semasa pergelutan itu berlaku.

Wanita tersebut dilaporkan telah berjaya ditahan dan dibawa ke wad psikiatri.

https://www.facebook.com/humaneventsmedia/videos/821162085466973

Sumber: LifeZette

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.